Your Ad Here

Saturday, January 8, 2011

Air Percuma Dari Pili Bomba!

Demi mencari rezeki di bandaraya Kuala Lumpur, perkara tentang halal haram sanggup diketepikan oleh si peniaga. Aptaha lagi peniaga itu mengaku beragama islam. Inilah yang terjadi di Lorong Medan Tuanku di kawasan parking kereta
di mana pili bomba digunakan sebagai sumber air utama untuk operasi gerai makanan tersebut.
Malangnya masih ada pelanggan yang sanggup makan di situ sedangkan terang-terangan sumber airnya haram. Cara yang diguna amat kreatif sekali dimana hujung penutup pili diubahsuai dan disambung kepada sebuah kepala paip dan salur getah digunakan kira-kira 30 meter terus ke kedai tersebut.(Sila rujuk bulatan dan kotak merah)


Taktik ini hanya digunakan pada waktu pagi sekitar 6.30pg - 7.15pg di mana belum banyak kenderaan parking di kawasan tersebut. Saya di antara yang terawal parking disitu sekitar 6.55 pg dan kejadian ini beberapa kali berlaku di depan mata saya sehingga saya terdetik untuk merakam gambar-gambar ini.







P/s : Apakah duit parking yang dikutip oleh pemilik gerai ini juga duit haram? memandangkan kawasan parking ini dulunya adalah jalan mati. Terpulanglah. Hanya Allah yang tahu..wslm.

Butiran ringkas tentang kejadian:
Tarikh gambar diambil : 28 April 2010
Masa : 7.07 pagi
Lokasi : Tempat Parking di Lorong Medan Tuanku


4 comments:

  1. bagus entry ni..
    saya belum jumpa lagi pili bomba yg sesuai...

    ReplyDelete
  2. entri yang bagus......

    ReplyDelete
  3. peniaga tak bermoral - guna sumber yang tidak sah

    pandai pula dia pilih masa

    ReplyDelete
  4. ni kes curi air ni.. dah salah disisi undang2

    ReplyDelete